Maklumat Penanaman Celosia Century

SIRI CELOSIA CENTURY
Celosia plumosa

 

Fakta Bunga
Kandungan Biji Benih
45,000 / auns.; 1,600 / gr.

Suhu Optima Semasa Percambahan
21-24°C

Suhu Optima Semasa Pertumbuhan
18-24°C


CADANGAN PERTUMBUHAN

Percambahan: 4 minggu
Peringkat 1 (Hari Pertama ¨C Ke-10)
Taburkan biji benih dalam campuran tanah yang kering dan lindungi biji benih dengan lapisan media yang nipis. Pastikan suhu tanah adalah 25ˇăC. Percambahan akan berlaku dalam 7 hingga 10 hari. Memandangkan sistem akar adalah rapuh, elakkan pemindahan dengan penaburan terus dalam lubang dulang.

Peringkat 2 (Hari Ke-10 ¨C 19)
Selepas anak benih kelihatan, letakkan dulang pada tempat yang mempunyai pengudaraan yang baik dan kurangkan suhu ke 18-21ˇăC semasa siang dan 16-18ˇăC semasa malam. Letakkan sedikit baja dengan 50-100 ppm N. Penyiraman yang berlebihan akan mengakibatkan penyakit, terutamanya botritis.

Peringkat 3 (Hari Ke-20 ¨C 27)
Pastikan pengudaraan yang baik dan kekalkan kadar EC media pada lebih kurang 1.0 hingga 1.4 mmhos (nisbah kelumpurang 1:2). Celosia amat sensitif terhadap jangka masa siang dan pelbagai jenis stres seperti air, suhu yang tinggi atau akar yang menyeleweng. Elakkan stres pada anak benih. Jika tidak, kuncup bunga akan tumbuh terlalu awal dan menyebabkan pertumbuhan terbantut semasa ianya membesar. Celosia akan berbunga lebih cepat dalam jangka masa siang yang berkurangan.

Peringkat 4 (Hari Ke-28)
Anak benih bersedia untuk dipindahkan. Berhati-hati supaya tidak merosakkan sistem akar yang rapuh. Anda dinasihatkan supaya memegang bahagian daun supaya batangnya yang rapuh tidak akan dirosakkan. Juga, elakkan dari penanaman yang terlalu dalam untuk mengelakkan penyakit rhizoctonia. Jangan memanjangkan masa pemindahan kerana pertumbuhan akan terbantut dan kuncup bunga akan tumbuh terlalu awal.

Pemindahan sehingga pembungaan - 6 minggu
Media
Pilih media yang kering dengan pH yang rendah. pH ideal adalah di antara 5.5 hingga 6.0.

Suhu
Kekalkan suhu tumbuhan pada 18-24ˇăC

Cahaya
Kadar cahaya yang tinggi. Cahaya matahari penuh adalah yang terbaik.

Penggunaan ˇ°Growth Regulatorˇ±
Tidak diperlukan. Petikan adalah tidak perlu.

Pembajaan
Taburkan baja dengan 100 ¨C 150 ppm N (atau amaun yang diperlukan) untuk mengekalkan EC pada kadar 1.0 hingga 1.4 mmhos (nisbah kelumpuran 1:2). Bekalan kalium yang mencukupi dalam baja adalah amat penting untuk memastikan tumbuhan tidak menjadi terlalu kecil dan bunga tumbuh dengan normal.

Penyakit
Celosia perlu dibiarkan membesar dengan cepat sehingga saiz yang dikehendaki sebelum pembungaan melambatkan pertumbuhan. Celosia senang terdedah kepada pythium, bulai, botritis, rhizoctonia, aphids dan thrips. Kekurangan boron akan menyebabkan kecacatan pada tumbuhan.

Celosia juga amat sensitif terhadap herbisid wap gas seperti methlylurea, methoxy, dichlorophenyl dan dichlorobenzonitrile. Juga, elakkan suhu rendah (di bawah 16ˇăC)

Jadual Dari Pemindahan
Pek Jumbo: 4 minggu sehingga kehijauan
4 inci / 10 cm: 6 minggu dengan warna

Pemasaran
Celosia Century pada saiz pasu dan gallon 6 inci / 15 cm dengan warna penuh amat laku semasa musim luruh

Untuk penjualan semasa musim luruh, gunakan jadual penanaman berikut: -
- Taburkan biji benih semasa awal bulan Jun
- Pindahkan ke taman atau bekas besar dalam bulan Julai
- Tumbuhan akan mula berbunga dalam bulan Ogos dan terus berbunga